Rabu, 2 Julai 2025

Budak Bachelor of Business Administration (hons) Finance UiTM

Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya yang serba kekurangan ini. Saya nak menceritakan pengalaman saya sebagai mahasiswa UiTM dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan. Kepada adik2 yang menyambung pengajian dalam bidang kewangan ini, tahniah dan selamat datang ke UiTM dan adik2 penerapan diploma uitm ke ijazah sarjana muda juga selamat datang, kira2 dari penerapan diploma rasa tua sambung course degree hehehe gurau2. Kepada lepasan STPM, matriks, asasi dan seangkatannya, tahniah kerana memilih UiTM utk melanjutkan pengajian.

Saya ni jauh perjalanan study di UiTM bermula dari pra diploma perdagangan, teruskan dengan diploma pengurusan & teknologi pejabat dan akhirnya di peringkat degree finance UiTM juga UiTM dihatiku😂.


Nak cerita sikit pengenalan degree finance ni. Degree finance merupakan ijazah sarjana muda di bawah Fakulti Pengurusan & Perniagaan. Ramai degree under ni sebenarnya, macam degree in Office Systems Management, HR, Marketing, International Business dan ramai lagi. Dlm banyak2 business degree, saya decided untuk memilih proceed ke Finance (sebab minat dengan nombor & analisis berkaitan dengan nombor dan kewangan). Dulu saya fikir bila ambik pengajian dlm bidang perniagaan ni jual beli barang sahaja, rupanya banyak cabang business ni. Bukan business saja, management pun ada. Pengajarannya, terus menimba ilmu dlm apa2 jua bidang sebelum membuat andaian😁.


Ok, saya akan tunjukkan pelan pengajian BA242 (kod dulu, sekarang BA272). 






Best tak course ni?Hahaha apapun course business degree adik2 ambik, mesti kena minat baru seronok study. 

SEMESTER 1


Utk subject semester 1, ada 8 subjects. Sem 1 ni mcm basic atau foundation utk semua course business seperti financial accounting, business law, management, marketing, foundation third language level 1, dan office applications. Subject kesatria (kawat) & ctu adalah kursus universiti, di mana students wajib ambil 2 subjek tu, kecuali anda dari penerapan diploma UiTM, tak perlu ambil kesatria. Since saya ni dari dip in office management & technology, saya dpat PC (Pengecualian Kredit) utk kesatria 1,2,3, financial accounting, third language level 1 and 2 dan last sekali, economics (subjek sem 1 saya ada mix dengan subjek sem 2 sebab dpat tarik ke sem 1 utk ambil awal😅). Nak dikatakan every sem ada ambil subject awal dari asal pelan pengajian (kecuali sem 5). I started with sem 1.

Untuk subject acc407-financial accounting & reporting, anda akan belajar what is accounting and classifications of accounting. Ia macam what is debit and credit, how to prepare business transactions, followed by journal entry, ledger, trial balance & financial statement (profit/loss & balance sheet). Biasanya, ledger & trial balance tak perlu buat utk kod subjek ni. Subjek account ni kena banyak praktis dan fokus time kelas sebab banyak perlu dihafal & fahamkan konsep. Kena tahu jugak persamaan akaun macam aset bersamaan dengan liabiliti tambah equiti pemilik. For your information, UiTM mostly guna English language, kecuali third language dan ctu. For asm452-end user applications, anda akan didedahkan dengan cara penggunaan microsoft office (word, excel, powerpoint) dan cara buat resume. Jgn risau, boleh score subjek ni sebab more to practical and ada sikit2 technical, tapi tak susah. Ctu552 lebih kurang macam sejarah time sekolah dulu. Subjek ni paling saya tak suka sebab banyak teori perlu dibaca. Last2 pass juga subjek tu hehehe. Seperti yang dikatakan di atas tdi, Hbu111 adalah subjek kawad. Adik2 boleh tukar kokurikulum time masok semester 2 sekiranya adik dah ambil Hbu111 dengan jayanya time sem 1. Proceed to law416-business law. Subjek ni saya goreng time final😂sebab tak faham undang2 dan relatekan dengan kes2 yang berbagai2. Pasrah jawab final exam huhuhu. Kena rajin membaca ye adik2, jgn jadi macam saya ni. Utk score business law ni kena banyak buat nota sendiri (dengan cara anda sendiri yang lebih faham) every class yang awak attend + praktis buat past year banyak2. Subjek management (mgt420) ni dia fokus to theory of management itu sendiri sama dengan marketing (mkt420). Chapters utk both subjek ni banyak, tapi teori boleh relate lagi dengan environment di dalam perniagaan. Subjek third language-tac401/tmc401 ada 2, which is arabic and mandarin. Saya ambil arabic sebab dari diploma dah ambil language arabic hehehe. Adik2 boleh pilih either nak arabic atau mandarin (depend dengan availability third language di kampus masing2) as long kuota masih ada utk daftar course tu. Tac utk arabic and tmc utk mandarin. Time sem 1 ni adik2 kena target utk dpat gpa yang tinggi atau dean list sebab makin naik sem, makin tough subjects.

SEMESTER 2



Now, for semester 2 subjects. Start dari sem 2, anda akan ada subject core, maksudnya subject yang related dengan course finance macam intro to corporate finance and financial market and banking services.  Total subject sem 2 ada 8 semuanya. First utk code eco415. Subjek ni more focused on graph together with economic variables (demand, supply, unemployment rate etc.). Subjek economics ni perlu tahu teori dengan label graph for every chapter. Kira macam perlu buat analisis connection between theory and graphs. Mostly, economics adalah subjek yang susah utk skor. Jadi, kena rajin buat past year and notes utk anda imagine bentuk2 soalan time final nanti. Kita masok ke elc501, which is english for critical academic reading. English academic reading activity consists of collecting information and test our english proficiency on writing. As long as you read & understand the topic, you can go far. Now, moving on to intro to corporate finance. This subject learned about time value of money, capital budgeting, capital structure, cash budget, financial forecasting and many more. Kena kuat math utk excel dlm subjek ni. Excited time study this subject dulu. Banyakkan buat soalan past year, if tak faham, tolong minta lecturer explain balik. Financial markets and banking services belajar tentang jenis2 financial markets with instruments dan short and long term financing. Advise saya, buat nota awal2 supaya anda bersedia utk jawab test. HBU tak perlu saya ulang since every sem hbu is same as diploma and degree level 1, 2 & 3. Subjek human resource dan operations management adalah subjek teori, tetapi ada sikit2 calculation kat operations management. Third language as usual can take either arabic or mandarin. Since me from OM to Finance, ada kaku sikit study FIN435 & FIN430 sebab tak familiar dengan terms finance and banking. Pasrah jawab final assessment utk both subjek tu. Syukur sebab pass. It's a good experience and knowledge for me to understand more about banking and finance in real world situations.

SEMESTER 3



Sem 3 ni kalau based on subjects above, quite difficult compared to 2 previous semesters. Why? Because despite having similar number of subjects, sem 3 is mostly calculations and formulae. Subjek kira2 adalah FIN533, FIN542 dan FIN544, which will be discuss later on. First subject is ECO531 (Monetary Theory & Policy). Subjek ni lebih kurang sama dengan ECO415, cuma beza ECO531 ni adalah ia kaitkan dengan financial instruments seperti bonds dan treasury stocks. Ada juga recap balik terms dari FIN430 & FIN435. FIN533 is Personal Financial Planning. In Malay, we called it perancangan kewangan peribadi. This subject is interesting because kita akan belajar mcm mana nak construct balance sheet (bukan fokus utk organisasi), cara buat tax assessment, consumer credit, insurance dan banyak lagi. Semua chapter tersebut ada formula and calculation tersendiri. As for FIN542 - International Financial Management, this subject concentrates on the exchange rate of money. Mostly started from chapter 4 to 9 akan involve kira2. International financial management calculation is different from FIN533, which kita akan diuji dengan mengira mata wang dengan nilai2 tertentu, like 1 usd=4.1200MYR. Different country has different value and exchange rate. Fokus dan banyak bertanya dengan lecturer if ada formula yang kurang faham. Agak pening juga time saya first time buat past year kira2 dengan macam2 formula kena pakai untuk lain2 soalan😓. To pass this subject, test kena perform dengan assessment2 yang lain macam quiz dan assignment sebab final exam selalunya akan lebih tricky soalannya. Next is FIN544 - Advanced Corporate Finance. FIN544 is continuance from FIN430, but more difficult due to a lot of formulae to memorize and understand. Kita akan study capital structure under levered (debt) and unlevered firm (equity), cash flow determination & dividend policy. Formula FIN544 lagi panjang. Sebelum terlupa, FIN430 & FIN544 guna financial calculator utk mencari nilai NPV & IRR. FIN544 ada final exam seperti FIN542 & ECO531. So, make sure score assessment utk pass this subject. FIN534 referred to Business Analytics and Financial Modelling. Subjek ni bukan kira2, ia lebih kepada penggunaan Microsoft Excel. Kat sini kita study buat graf, bar chart, pie chart, pivot table etc., which is more into technical subject. Subjek NAD407 saya tak ambil, saya tukar dengan subjek IMS456 (Basic Web Design and Content Management). Subjek ni banyak kena buat coding, mostly kat assignment. Kalau test, kena ingat simbol coding sambil detect mana simbol yang kurang tepat dalam coding tersebut. It's not that easy even though I already took coding class during my diploma.

SEMESTER 4



Now, we are moving on to Semester 4 subjects. CTU554 is almost similar to CTU552, fokus kepada Sejarah, tetapi cabang yang berbeza2. CTU554 covered peradaban manusia, kesepaduan sosial, penyatupaduan sosial lebih kurang macam tu terms yang dipakai. CTU554 lebih okay dari CTU552 in my opinion since saya lebih faham pembelajaran CTU554. ELC590 adalah subjek yang best sebab subjek ni kamu asyik buat presentation ja dari awal first assignment sampai hujung. Ada la sikit2 perlu buat outline for presentation. Jangan takut dengan presentation adik2. Awal2 memang kaku presentation, tapi dengan experience, akan lebih baik hasilnya nanti. Subject ENT530 adalah subjek keusahawanan sama dengan ent time diploma dulu. Kita akan belajar macam mana buat business plan dari aspek marketing, financial, operational dan administrative plan terhadap produk atau perkhidmatan. Di sini juga adik2 akan belajar menjual produk & perkhidmatan melalui online platform mahupun secara fizikal. Di situ kita dapat gain new knowledge and experience dengan mempromosikan barang kita. FIN546, which is Islamic Finance. Subjek ni agak kaku atau kekok sebab a lot of arabic terms used from chapter to chapter, which are mudharabah, murabahah, bayt al-sarf dan lain2. Perlu hafal dan fahamkan terms tersebut and relate it to finance in Islamic perspective. Nasib baik pass subjek ni😂. Kalau tak, terpaksa bertungkus lumus dari awal chapter sampai habis. Subjek ni more to theory and few calculations, which is tak banyak. Subjek yang banyak kira2 time sem 4 jatuh kepada FIN552 (Investment & Portfolio Analysis). Formula FIN552 ada apply beta, alpha, standard deviation utk calculate rate of return. Ada theory sharp & jensen klau tak silap saya.😅 Subjek ni agak kecewa bukan sebab tak faham, sebab saya tak prepare betul2 utk jawab final assessment. Last2 hanya mampu dpat pass. Subjek investment ni ada diajar macam mana nak main game trading kat Bursa Marketplace utk equity stocks macam buy and sell stocks at certain price with the amount of shares. FIN555 fokus kepada technical analysis that is from Trading View like doji, bullish and bearish engulfing, support and resistance indicator. Semua ni diguna utk buat analysis stock atau futures contract. Dalam assignment juga guna indicators technical analysis. Harap sabar pembaca2 sekalian. Agak panjang juga ni. HTC556 diganti dengan IMR652 (Management of Business Records). Subject ni lebih kurang dengan subjek records management for office professionals time diploma. Ada buat article review dan e-magazine. Walaupun IMR652, jgn terlalu selesa dan buat yang terbaik utk dpat grade A. UBM599 adalah subjek yang berkaitan dengan cara memohon kerja melalui freelancer, upwork dan sebagainya. Subjek ni practical sebab dlm assessment ada markah untuk income & star rating report (time ni saya fail sebab tak dapat kerja part time dalam freelancer atau upwork). Ada cara untuk buat proposal semasa memohon kerja. Agak hard juga UBM599.


SEMESTER 5




Time sem 5 ni adik2 akan tengok semua subject ada 4 credit hours, kecuali EET699 & HTH558. Maksudnya, semua subjek sem ni mencabar. EET699 tak ada kelas fizikal atau online, kira kita buat self study on listening & speaking. Speaking ni dia bukan speaking depan orang, tetapi speaking dengan menggunakan earphone untuk reply text audio di komputer. Futures and options (FIN645) adalah subject sambungan dari chapter kod FIN542. Lebih mendalam lagi teori futures and options dengan kira2 formula skali. In my opinion, futures market lebih senang hafal & faham formula compared to options market. Subjek ni bahaya if tak prepare formula dari awal week utk study dan jangan study last minute sebab nanti anda akan lebih tertekan dan tak tahu nak belajar apa utk final exam. Lebih baik study sikit2 setiap hari dan konsisten. Subjek ni juga menggunakan Bursa Marketplace, tetapi lebih kepada futures atau derivatives contracts in terms of either short (sell) or long (buy) contracts for FCPO, FKLI, KLIBOR dan macam2 lagi. Next is FIN657. This subject focus on how to be ethical in terms of finance at business like corporate governance and conflict of interest. Semua chapter theory. Financial Statement Analysis (FIN658) adalah subject terakhir calculation. Di sini adik2 akan study buat analysis of financial statement, which are income statement, balance sheet and cash flow statement. Ia terbahagi kepada 3 bahagian, which are cash flow from operating, investing and financing activities. Walaupun tak banyak  formula kira2, tetapi yang pahitnya time menulis dalam ayat kenapa financial ratio menaik atau menurun, tambah lagi dengan information yang tricky untuk menjawab soalan calculation. Kena buat past year bertubi2 untuk faham chapter yang ada calculation. Residual income method dan inventory management hadir dlm subjek FIN658. INC410 ditukar kepada HTH558 (Professional Etiquette for Hoteliers). Subjek ni mengajar kita untuk mengurus penampilan secara professional, urus event dan urus komunikasi. Subjek ni build kita punya confident level untuk menjadi versi yang terbaik dalam diri kita. Proceed with MGT646 (Quantitative Research Methods). Overall subjek ni tentang buat research utk topik yang kita pilih yang relate dengan finance. Kita akan buat research proposal, thesis dan viva presentation. Subjek ni killer juga if last minute detect ada kesilapan buat report research atau tak cukup data. Kalau boleh, cari topik yang mudah dapat data. MGT657 adalah subjek Strategic Management. Subjek ini menyentuh on what decision should we make in business settings, macam vision, mission statement, marketing strategy, external and internal factors evaluation.


SEMESTER 6





Sem 6 adalah semester terakhir sebelum tamat pengajian degree. 1 saja subject, which is Internship. Internship ni dpat membantu anda untuk naikkan cgpa anda if buat betul2 dan dapat at least grade A sebab credit hours dia agak banyak, which is 12 credit hours. Time ni mula lah busy mencari tempat internship. Internship ni ada buku log dan ada 2 advisors dalam satu kumpulan. Untuk tips buat report internship, tanya advisors (lecturers) macam mana format report. Internship mudah dapat A jika anda hormat pekerja2 lain, buat & siap kerja on time, tanya supervisor jika ada masalah dengan tugasan sv bagi. Yang penting jangan malas turun kerja tak kisah ada allowance atau tak time internship. Always punctual with time datang office.

Rasanya itu sahaja daripada perkongsian saya dari bermulanya degree sem 1 sampai internship. Wishing you all the best for degree dan jika ada soalan berkenaan dengan degree finance ni, boleh approach saya through email. Thank you yang datang membaca blog saya ni, segala kekurangan amat saya kesali dan akan membuat dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budak Bachelor of Business Administration (hons) Finance UiTM

Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya yang serba kekurangan ini. Saya nak menceritakan pengalaman saya sebagai mahasiswa UiTM dala...